Calendar

Dec
31
Mon
2018
Sambutan Malam Tahun Baru Dan Anniversary Kelab KKPT 2019 @ Taman USBA
Dec 31 @ 19:30 – 23:45

       Salam tahun baru kepada semua rakan-rakan seperjuangan, Sebenarnya, di sebalik ucapan selamat tahun baru 2019 dan semua perayaan yang kita lakukan untuk menyambut datangnya tahun baru, terdapat hal terpenting yang mesti kita lakukan iaitu bersyukur atas nikmat Tuhan yang telah diberikan kepada kita di mana tahun yang telah kita lalui sebelumnya dan di tahun yang akan mendatang yg harus kita hadapi iaitu tahun baru. Kita tidak akan dapat mencapainya tanpa kententuan Tuhan. Oleh itu kita harus bersedia dengan hati terbuka dan bersedia menempuh tahun baru 2019 ini dengan azam baru. Kita melangkah di tahun baru ini berbekakalkan azam dan impian yang tak terlaksana di tahun sebelumnya maka jangan putus asa teruskan perjuangan…..Aminnn


Lokasi Sambutan ( Jalan Kg Batu Payung Taman USBA )

 

Jan
12
Sat
2019
Undangan Majlis Persandingan Anak Saudara KKPT 82 Abg Salleh @ Dewan Datuk Lau
Jan 12 @ 18:00 – 22:00

Undangan Majlis Persandingan Anak Saudara Kkpt 82 Abg Saleh


Bismillahirrahmanirrahim بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ

Assalamualaikum wbt…Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam kepada utusan yang mulia Rasulullah SAW dan para sahabat. Dengan rasa rendah hati dan penuh syukur ke hadrat Allah SWT, kami ingin menjemput keluarga, saudara mara, sahabat handai dan para kenalan untuk ke majlis walimatul ‘urus anak saudara ke pada Kkpt 82 Abg Saleh Sarip.


Majlis :
Sabtu, 12 Januari 2018 bersamaan 6 Jamadil awal 1440H
18:00pm – 22:00pm
Dewan Dato Lau ( SJKC Sin Hwa ) Tawau 



Semoga dengan kehadiran para tetamu berserta iringan do’a daripada kalian membawa keberkatan daripada Allah SWT.Mohon do’akan agar baitul muslim yang bakal dibina sentiasa di dalam redhaNya, dipenuhi mawaddah dan rahmat Allah hingga dapat bersama-sama di syurgaNya. Allahumma amin.


WhatsApp chat
%d bloggers like this: