KKPT BERSAMA ANAK-ANAK TAHFIZ AL-KAUSHAR, BALUNG, TAWAU.

26 Mei 2019 (Ahad), alhamdulillah KKPT telah berjaya mengadakan aktiviti amal sempena bulan Ramadan yang mulia ini dengan mengunjungi anak-anak tahfiz di Pusat Tahfiz Al-Kaushar. Aktiviti yang disertai oleh seramai 19 orang ahli KKPT beserta keluarga masing-masing telah diketuai oleh saudara Emang dan abang Azis.

Aktiviti amal tersebut diserikan dengan penyerahan sumbangan dari ahli KKPT berupa barangan keperluan harian. Pada acara yang sama majlis berbuka puasa turut diadakan dan diteruskan dengan solat maghrib.  Tahniah kepada ahli KKPT yang menjayakan majlis dan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak pengurusan pusat Tahfiz Al-Kaushar yang sudi menerima kunjungan ahli KKPT. Semoga aktivti ini mendapat keberkatan dan rahmatNya sempena bulan yang mulia ini. TEGUH, PADU, BERSATU DAN BERKOMITMEN.

WhatsApp chat
%d bloggers like this: