MAJLIS SEMARAK KASIH

 

      10 Jun 2018, Kelab Kenderaan Permotoran Tawau (KKPT) telah mengadakan Majlis Semarak Kasih dengan mengadakan lawatan ke Rumah Anak Yatim Ar-Raudhoh, Tawau.  Lawatan  diadakan sempena bulan Ramadhan dan sambutan Hari Raya yang bakal menjelang dengan  pihak KKPT menyerahkan sumbangan beg sekolah, duit raya  dan keperluan dapur  yang melibatkan 24 orang anak yatim di pusat tersebut.

Lawatan yang julung kali diadakan ini telah diwakili oleh En. AziS Mohadi selaku pengerusi KKPT  beserta En. Osman Bachok (Timbalan Pengerusi KKPT) dengan 12 orang ahli KKPT dengan keluarga masing-masing.  En. Pirman bin Bedu  selaku setiausaha KKPT berkata  aktiviti ini sebagai satu usaha kelab KKPT untuk turut sama meraihkan anak-anak yang kurang bernasib baik untuk turut sama merasakan kemeriahan Aidil Fitri.

Turut sama memberi sumbangan ialah En. Ramli Paita dari syarikat Stamin Group Tawau. Tahniah dan syabas kepada semua ahli kelab yang menjayakan aktiviti  ini. Semoga aktiviti ini dapat diteruskan pada tahun akan datang selaras dengan moto kelab KKPT iaitu  Teguh, Padu Bersatu dan Berkomitmen.


Gallery Lawatan ke Rumah Anak Yatim Ar-Raudhoh Tawau

 


 

2 Responses to “MAJLIS SEMARAK KASIH

WhatsApp chat
%d bloggers like this: