MENGHADIRI PROGRAM OUTREACH (PEJABAT BERGERAK) BAGI DAERAH TAWAU 2019

Assalamualaikum, Pada 22 Februarai 2019 Kelab Kenderaan Permotoran Tawau (KKPT) telah menghadiri satu PROGRAM OUTREACH HARI BERSAMA PELANGGAN (TAWAU),  yang di lancarkan oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia Negeri Sabah. Objektif program ini bertujuan memberi khidmat nasihat dan merakyatkan peranan jabatan untuk bersama-sama pertubuhan-pertubuhan berdaftar yang ada di Tawau bagi membentuk pengurusan Pertubuhan yang lebih berkualiti. Pihak KKPT mengucapkan ribuan terimah kasih kepada pihak pengurusan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia Negeri Sabah atas kata-kata nasihat,bimbingan dan teguran tunjuk ajar dalam program Outreach pada hari tersebut di mana kami dapat suntikan semangat untuk memperbaiki kelemahan yang ada dalam kelab KKPT agar pengurusan persatuan cermelang dimasa akan datang. KKPT juga berharap semoga program ini akan terus di laksanakan demi kebaikkan untuk pertubuhan-pertubuhan berdaftar yang ada di Tawau. Akhir sekali terimah kasih juga dari kami  kepada pihak PPM atas layanan baik yang telah di berikan selama program ini berlangsung, Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia Negeri Sabah memang terbaiklalh….


“PROGRAM HARI BERSAMA PELANGGAN (TAWAU)”
22 FEBUARI 2019

Program ini bertujuan untuk:

🔷 Memberikan Pendedahan dan bimbingan kepada pertubuhan berkaitan dengan tatacara penghantaran penyata tahunan melalui sistem eROSES;

🔶 Berkomunikasi secara ‘one to one’ dengan pertubuhan berhubung dengan sebarang permasalahan dalam memahami peruntukan undang-undang berdaftar pertubuhan masing-masing (Perlembagaan);

🔷 Membimbing dan memberi khidmat nasihat kepada pertubuhan agar sentiasa mematuhi Undang-undang Tubuh dan kehendak Akta Pertubuhan 1966; dan

🔶 Mengeratkan ‘Networking’ di antara JPPM dengan pertubuhan.


 

 

WhatsApp chat
%d bloggers like this: