Sambutan Majlis Silaturrahim Dan Anniversary KKPT Yang Ke-6 Tahun 2019

Sebahagian Ahli Dan Family Kelab Kenderaan Permotoran Tawau Yang Hadir Pada Malam Sambutan Salam Silaturrahim Di Ambang Tahun Baru 2019


Pada 31.12.2019 Kelab Kenderaan Permotoran Tawau atau lebih di kenali sebagai Kkpt Teammates telah mengadakan majlis silaturrahim dan sambutan ulang tahun KKPT kali yang ke-6 di Jalan Batu Payung Kampung USBA, , Kehadiaran ahli-ahli yang membawah family masing-masing telah memeriahkan lagi majlis pada malam itu. Walaupun tidak semua ahli yang hadir disebabkan beberapa hal yang tidak dapat dielakkan namun majlis dapat berjalan dengan baik dan lancar.

Kemasukkan Dua Ahli Baru Iaitu Wann KKPT06 Dari Sebela Kiri Barisan Ke Dua Dan Yusuf KKPT36 Dari Sebela Kiri Barisan Ke Tiga


Pada malam itu juga ahli-ahli kelab telah mengadakan beberapa aktiviti sukaneka untuk ahli keluarga KKPT, iaitu boling kelapa,tiup billon,bawa bilon guna perut berpasangan dan kerusi berirama. Selain daripada itu, pada malam itu juga kelab KKPT telah menyampaikan sijil keahlian kepada dua orang ahli baru iaitu Azuan Bin Abdul Majid No. Ahli KKPT 06 dan Yusuf Bin Masia No. Ahli KKPT 36.

Salam tahun baru untuk semua ahli-ahli Kelab Kenderaan Permotoran Tawau ( KKPT ). Kelab KKPT mengucapkan ribuan terima kasih pada semua ahli dan family ahli yang telah menjayakan majlis sambutan tahun baru dan ulang tahun Kkpt yang ke 6, Semoga tahun baru 2019 ini kita akan lebih TEGUH,PADU,BARSATU dan Terus BERKOMITMEN demi mencapai matlamat dan objektif kelab.

 

“Kita lahir sendirian, kita hidup sendirian, kita mati sendirian. Hanya melalui cinta dan persahabatanlah kita bisa menciptakan ilusi untuk momen-momen ketika kita tidak sendirian” – Orson Welles


Salam Silaturrahim 2019
« 1 of 2 »

Aktiviti Malam Tahun Baru 2019

Kkpt Auto Club Teammates Youtube

 

WhatsApp chat
%d bloggers like this: