TENTANG

          Selamat datang ke Website Blog KKPT, Kelab ini terbuka untuk semua pemilik kenderaan permotoran yang ada. Kelab ini telah ditubuhkan dengan sebulat suara dengan beberapa ahli yang ada pada masa itu yang terdiri daripada 6 orang sahaja Pirman, Eddyarpa, Nurhbin, Osman, Prancis & Takdir pada 31/12/2014. Dalam tempoh masa tiga tahun penubuhannya, kelab ini berjalan dalam komuniti yang agak kecil disebabkan beberapa perkara yang perlu di ambil perhatian  iaitu berkaitan dengan pendaftaran kelab dalam Pendaftaran Pertubuhan Malaysia. Justeru itu kelab ini hanya menjalankan aktiviti-aktiviti rutin kelab seperti perjumpaan ahli kelab  yang dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim sesama ahli.

      Walau bagaimanapu kelab ini juga mengadakan beberapa aktiviti  seperti Sambutan Malam Tahun Baru dan Majlis Anniversary Kelab KKPT. Sambutan amat mengalakan dengan setiap ahli membawa keluarga masing-masing untuk menjayakan program anniversary tersebut. Dengan tekad kesabaran dan usaha kami selama 3 tahun pihak kelab telah sebulat suara bersetuju untuk mendaftarkan kelab ini di bawah PENDAFTARAN PERTUBUHAN MALAYSIA (ROS). Perkara tersebut merupakan jalan terbaik yang harus kami laksanakan untuk jangka masa panjang jika ingin melihat kelab ini terus maju dan berkembang selaras dengan misi dan matlamat tujuan kelab ini ditubuhkan.

Lawatan Ke Rumah Anak Yatim Ar-Raudhoh Tawau


      Salah satu tujuan kelab ini ialah  KKPT akan cuba terlibat didalam aktiviti sosial masyarakat yang mana merangkumi aktiviti kebajikan, sukan, beriadah dan juga yang memberi kesan positif kepada ahlinya. Selepas mesyuarat penubuhan kelab dalam bulan Mei 2017, KKPT telah didaftarkan dan lancarkan secara rasmi selepas mendapat kelulusan dari ROS pada 12/07/2017. Pendaftaran ini telah mendapat sambutan dan sokongan dari ahli kelab permotoran yang lain termasuk yang berada di Kota Kinabalu terutamanya ahli kelab Trans///Tour KK yang banyak membantu dan memberi tunjuk ajar dalam urusan pendaftaran kelab. Dengan ini Kelab KKPT merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada saudara Hatimin TT01 & Saudara  Zul@fly dan semua anggota TT  serta tidak terkecuali untuk semua pihak yang terlibat.

       Kemesraan dan layanan yang tidak pernah jemu terhadap ahli-ahli KKPT ketika berada di KK tidak akan kami lupakan. KKPT berharap hubungan silaturahim antara sesama kelab akan terus terjalin di samping melebarkan lagi tali persahabatan dan semangat muhibah di kalangan ahli-ahli agar memberi manfaat bukan sahaja kepada ahli kelab malah kepada masyarakat setempat dan mencegah masyarakat dari memandang negatif kepada kelab-kelab  yang selalunya dikaitkan dengan lumba haram dan pelbagai gejala negatif.


 

“Berbuat baiklah kepada orang lain seperti berbuat baik kepada diri sendiri,Jika ingin di hormati berlajarlah menghormati orang lain”


Tujuan utama dan matlamat kelab ditubuhkan:-

  • Bersama memaju dan memperkasakan kepakaran automotif dan profesional di kalangan ahli selaras dengan keperluan, perancangan dan peranan kelab ini.
  • Menjadi saluran rasmi kepada ahli untuk bertemu dan berbincang sesama ahli serta dengan pihak pengurusan kelab bagi tujuan memartabatkan kepentingan kedua-dua pihak di dalam aspek perkhidmatan, persaudaraan, kebajikan serta profesionlisme kerjaya ahli danorganisasi.
  • Untuk menerapkan cara pemanduan kereta yang lebih selamat, berhemah dan berdisiplin dikalangan ahli kelab agar dapat mengurangkan risiko kemalangan jalan raya disamping menyahut seruan kerajaan ‘Pandu Cermat Jiwa Selamat’
  • Untuk mengisi masa lapang dan terluang ahli kelab dengan melakukan aktiviti-aktiviti yang sihat dan berfaedah   agar memberi manfaat bukan sahaja kepada ahli kelab malah kepada masyarakat setempat dan mencegah masyarakat dari memandang negatif kepada ahli1 kelab yang selalunya dikaitkan dengan lumba haram dan pelbagai gejala negatif.
  • Mengeratkan perhubungan persahabatan dan semangat muhibah di kalangan ahli-ahli.
  • Menjalinkan persahabatan antara ahli-ahli yang menyertai kelab ini yang mana ianya tidak terhad kepada aktiviti perjumpaan semata-mata dan mengalu-alukan penyertaan untuk semua generasi tidak kira muda atau tua.
  • KKPT adalah kelab yang secara hakikinya bukanlah kelab untuk mengaut keuntungan semata-mata, tetapi ianya lebih kepada kerjasama antara ahli dan segala keputusan bukan terletak kepada pimpinan kelab tetapi perbincangan antara ahli adalah cara yang paling berkesan untuk mendapat keputusan yang adil.
  • KKPT akan cuba terlibat didalam aktiviti sosial masyarakat yang mana merangkumi aktiviti kebajikan, sukan, beriadah dan juga yang memberi kesan positif kepada ahlinya.
  • KKPT mengalu-alukan kerjasama dari pihak kelab lain berpandukan kepada motto kelab iaitu Friendship dan Brotherhood.
  • Perbincangan didalam group ini adalah terbuka kepada semua pihak dan berharap agar segala isi kandungan didalam group ini tidak melanggar perundangan negara, tidak ada unsur perkauman dan fitnah.

 

Sekian Dan Terimah Kasih..


 “TEGUH,PADU,BERSATU DAN BERKOMITMEN”

 

WhatsApp chat
%d bloggers like this: