TERMA & SYARAT

Kelab ini adalah hak milik KELAB KENDERAAN PERMOTORAN TAWAU, Pihak KKPT hanya menjaga dari segi pengurusan dan pentadbiran kelab, bagi memastikan kelab sentiasa bergerak dalam keadaan lancar dan teratur.

 Syarat-syarat Keahlian Kelab Kenderaan Permotoran Tawau.

  • Warganegara Malaysia. ~Berumur 18 tahun ke atas.
  • Mempunyai kenderaan sendiri.
  • Memiliki lesen memandu dan cukai jalan yang disahkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan.
  • Tidak terlibat dalam penyalahgunaan bahan terlarang seperti dadah dan alkohol.
  • Pengubahsuaian kenderaan tidak keterlaluan dan menyalahi undang–undang, kenderaan khas  untuk ‘ Autoshow ‘ dan ‘ Sukan ‘dikecualikan.
  • Kenderaan mestilah lengkap seperti cermin sisi, lampu isyarat,lampu berhenti dan sebagainya mengikut undang–undang Jabatan Pengangkutan Jalan.

 


Perkara-Perkara Lain

  • Setelah menjadi ahli berdaftar, semua ahli dikehendaki mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh Pihak Pengurusan supaya tidak ada berlakunya salahguna nama Kelab KKPT. Segala masalah yang berkaitan dengan Kelab, hendaklah dirujuk kepada Ahli Jawatan Kuasa (AJK) Kelab terlebih dahulu.
  • Setiap ahli Kelab harus memilik satu set pelekat rasmi kelab (Stiker cermin depan, stiker cermin belakang, dan stiker nombor keahlian/MEMBER ) dan memiliki T-Shirt Kelab.
  • Semua AJK Tertinggi dilantik atas budi bicara ahli-ahli bagi menentukan hala tuju kelab. Sebarang jawatan boleh ditarik balik jika kuasa disalahgunakan. AJK Tertinggi yang terpilih adalah dikalangan ahli yang hanya menyertai Kelab KKPT ahaja.
  • Jika terdapat ahli yang melanggar syarat-syarat dan peraturan, pihak kelab akan menggugurkan nama ahli terbabit dari menyertai kelab ini. Dengan adanya peraturan yang telah ditetapkan, tujuannya adalah agar kita dapat sama-sama memajukan lagi kelab kita ini agar lebih berdaya saing dengan kelab-kelab yang lain, dan juga dapat mengelakkan sebarang perkara-perkara yang tidak diingini berlaku.
  • Sebarang masalah, rayuan atau cadangan, sila rujuk kepada Pengurusan Kelab.Penyertaan & Kehadiran setiap ahli Kelab dibenarkan untuk menyertai dalam segala aktiviti dan kegiatan yang dianjurkan oleh KKPT.
  • Setelah menjadi ahli berdaftar, semua ahli dikehendaki mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh pihak kelab supaya tidak ada berlakunya salah guna nama Kelab ini.
  • Ahli-ahli dikehendaki menghadiri perjumpaan dan sebarang aktiviti yang dijalankan oleh kelab, kecuali ada perkara-perkara yang tidak dapat dielakkan. Kegagalan berbuat demikian sebanyak tiga kali berturut-turut, tindakan yang sewajarnya akan diambil oleh Persatuan.
  • Ahli-ahli hendaklah menjaga tata susila ketika berada di atas jalanraya dan jika terdapat aduan mengenai tingkah-laku segelintir ahli kelab, maka tindakan akan diambil.
  • Semua Ahli Kelab dilarang membuat apa jua aktiviti atau perjumpaan yang menggunakan nama Kelab tanpa kebenaran.
  • Kelab ini tidak bertanggungjawab jika terdapat ahli yang terlibat dalam kegiatan negatif seperti lumba haram, pengubahsuaian secara keterlaluan yang tidak disahkan oleh JPJ dan sebarang perkara yang mencemarkan nama baik kelab.
  • Tiap-tiap permohonan menjadi ahli hendaklah dicadang dan disokong oleh 2 orang ahli dan dihantar kepada Setiausaha yang dikehendaki mengemukakan permohonan itu dengan secepat mungkin kepada Jawatankuasa untuk diluluskan. Jawatankuasa boleh mengikut budibicaranya menolak sebarang permohonan tanpa memberi sebab sebabnya.
  • Tiap-tiap pemohon yang permohonannya telah diluluskan seperti tersebut di atas, hendaklah membayar bayaran yuran penyertaan sebanyak RM20 berserta yuran bulanan sebanyak RM20 pertama yang telah ditetapkan, diterima menjadi ahli kelab dan berhaklah ia menjadi ahli yang berdaftar di kelab KKPT.
  • Semoga anda menghormati setiap undang-undang yang ada demi kebaikan dan keselamatan semua. Sekiranya Ahli didapati melanggar peraturan yang telah ditetapkan, tindakan akan diambil.
  • Harapan kami agar semua dapat memanfaatkan sebaik mungkin kemudahan yang ada dan jauhi segala perkara-perkara yang tidak baik yang dimurkai Allah, semoga kita semua berjaya duduk sebumbung didalam sebuah kelab yang harmoni serta berjaya hingga ke generasi yang akan datang.

Sebarang masalah, rayuan atau cadangan, sila emailkan atau terus berhubung kepada nama-nama Pengurusan Kelab seperti berikut:-
 ENCIK AZIS BIN MOHADI ( azismohadi79@gmail.com ,H/P No. 010 5216400 )
ENCIK PIRMAN BIN BEDU RAHMAN ( pirmanbedu81@gmail.com, H/P No. 0162257129 )

ENCIK JUNAIDY BIN LAJI ( eddyarpa@gmail.com, H/P No. 0109502726 )


WhatsApp chat
%d bloggers like this: